Utama POLITIK PILIHAN RAYA Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sewaktu Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ada yang mengkritik Shahrir kerana menggelarkan Anwar sebagai retorik ketika debat tersebut.

“Saya jawab dengan mengambil satu contoh sahaja iaitu mengenai pandangan Anwar bahawa urustadbir dan intergriti adalah suatu yang penting dan untuk memastikan badan-badan penting kerajaan tidak disalahurus, kenalah buat audit forensik,” kata Shahrir menerusi posting di Facebooknya.

Beliau berkata, Anwar menjawab isu berkenaan dengan menyebut mengenai Tabung Haji dan FELDA sebagai contoh kepincangan yang berlaku ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan kedua-dua syarikat itu diaudit oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Audit yang dilakukan pada waktu itu sehingga terbentangnya Kertas Putih mengenai FELDA dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dimana sewaktu itu frasa dunia gelap dalam korporat untuk menyifatkan salahlaku yang berlaku dalam FELDA.

“Namun begitu selepas audit forensik, tidak ada seorang pun dari pengurusan tertinggi TH atau FELDA yang telah didakwa di mahkamah diatas apa-apa jenayah dan ianya sebenarnya propaganda dan hasutan semasa PRU14 oleh PH. Lepas dibuat audit forensik, tidak ada sesiapa yang didakwa di mahkamah,” ujar Shahrir.

Selain itu, Shahrir menyatakan pendakwaan yang dilakukan ke atas pengerusi FELDA sebelum beliau hanya dilakukan sewaktu BN memerintah dan bukan ketika PH memerintah.

Dalam masa yang sama, FELDA juga membuat laporan polis ke atas beliau dan juga pihak pengurusan tinggi namun tidak ada bukti yang menunjukkan ada kelakuan jenayah dilakukan oleh Shahrir namun pihak FELDA bertindak membuat saman sivil di atas tuduhan konspirasi.

“Berasas atau tidak tuduhan ini, saya akan menjawab dalam mahkamah sivil tetapi bagi saya ianya mengarut,” tegas Shahrir.

Shahrir menyimpulkan apa yang dilakukan oleh Anwar adalah propaganda dan hasutan yang sama dilakukan semasa kempen PRU14 serta masih menjadi identiti yang terperangkap dalam retorik pembangkang yang tidak mahu menerima hasil audit forensik yang dilakukan PH sendiri.

Bagi Shahrir, Azmin melakukan tindakan yang bijak kerana meninggalkan Anwar dan parti PKR-PH.

“PH, sudahlah percaya kepada propaganda mereka sendiri tapi juga tidak boleh menerima hasil audit forensik yang mereka sendiri lakukan. Itulah retorik mereka,” ujarnya lagi.

Exit mobile version