Suami isteri maut dikelar di Serian - pakdin.my

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak.

Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

UTAMABERITASuami isteri maut dikelar di Serian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium