Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya.

Dalam kenyataan, SPRM berkata pihaknya selesai melakukan siasatan kes melibatkan Nazlan yang bermula sejak Mac lalu.

“Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya.

Pada 23 Apr lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan.

Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial.

Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil menyatakan, ia adalah “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” serta bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Beliau sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Najib Razak, di mana bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

@pakdin.myKertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara Selanjutnya di: https://pakdin.my/158500

♬ original sound – PakDin.my

UTAMABERITAAMKertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium