UtamaDUNIA 14 mayat dikeluarkan...

[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal - pakdin.my

POKHARA: Pasukan penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang semalam.

Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui berkecai di kawasan pergunungan.

Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di Barat pagi semalam, ketika sedang menuju ke Jomsom, destinasi popular aktiviti mendaki gunung.

Helikopter yang dikendalikan oleh tentera dan syarikat swasta menjelajah kawasan pergunungan terpencil sepanjang hari semalam dengan dibantu pasukan darat, namun terpaksa menghentikan pencarian apabila menjelang malam berikutan cuaca buruk menghalang operasi terbabit di kawasan sekitar 3,800 hingga 4,000 meter di atas paras laut.

Operasi diteruskan semula hari ini dengan pasukan tentera berkongsi di media sosial gambar bahagian pesawat dan serpihan lain yang berkecai di lereng gunung.

Bahagian sayap pesawat yang tertera nombor pendaftaran 9N-AET jelas kelihatan dalam imej itu.

Empat warga India, dua warga Jerman dan selebihnya warga Nepal, terbabit dalam nahas itu.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai punca nahas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengesahkan pesawat itu terbabit nahas pada ketinggian 4,420 meter di kawasan Sanosware, perbandaran luar bandar Thasang di daerah Mustang.

“Empat belas mayat dijumpai setakat ini dan pencarian masih diteruskan. Cuaca sangat buruk tetapi kami berhasil membawa satu pasukan ke lokasi nahas. Tiada penerbangan lain dapat dilakukan,” kata jurucakap pihak berkuasa, Deo Chandra Lal Karn kepada AFP.

Sementara itu, Jurucakap Lapangan Terbang Pokhara, Dev Raj Subedi, berkata pasukan penyelamat melakukan usaha menjejaki dengan berpandukan isyarat GPS, peranti mudah alih dan satelit untuk mengecilkan skala pencarian.

Seorang pegawai tempatan, Pradeep Gauchan, berkata serpihan itu berada pada ketinggian sekitar 3,800 hingga 4,000 meter dari paras laut.

“Keadaan ini membuatkan amat sukar untuk tiba dengan berjalan kaki. Satu pasukan diturunkan berhampiran kawasan itu dengan helikopter tetapi dengan cuaca kini yang berawan, penerbangan tidak dapat dilakukan,” katanya ketika ditemubual awal pagi tadi.

“Helikopter bersiap sedia menunggu sehingga cuaca baik,” katanya.

Menurut laman web Rangkaian Keselamatan Penerbangan, pesawat itu dihasilkan de Havilland dari Kanada dan membuat penerbangan pertamanya bermula 1979 kira-kira 40 tahun lalu.

Tara Air ialah anak syarikat Yeti Airlines, syarikat penerbangan domestik milik persendirian yang menyediakan perkhidmatan ke banyak destinasi terpencil di seluruh Nepal.

Kemalangan maut terakhir membabitkan pesawatnya adalah pada 2016 di laluan yang sama apabila sebuah pesawat dengan 23 penumpang terhempas ke lereng gunung di daerah Myagdi.

Industri udara Nepal berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bagi perkhidmatan membawa barangan dan orang ramai antara kawasan yang sukar dicapai serta pengembara dan pendaki asing.

Bagaimanapun, ia sudah lama dibelenggu keselamatan yang lemah kerana latihan dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

Kesatuan Eropah juga melarang semua syarikat penerbangan Nepal dari ruang udaranya atas kebimbangan keselamatan.

Negara Himalaya itu juga mempunyai beberapa landasan terpencil dan rumit di dunia, berada di antara puncak gunung yang dilitupi salji dikatakan memberikan cabaran kepada juruterbang selain cuaca boleh berubah dengan cepat di kawasan pergunungan, sekali gus mewujudkan keadaan penerbangan berbahaya.

Pada Mac 2018, pesawat US-Bangla Airlines terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dengan terjunam ke dalam padang bola sepak dan terbakar.

Seramai 50 orang maut dan 20 lagi berjaya menyusup keluar daripada serpihan yang terbakar namun semua mereka mengalami kecederaan serius.

Kemalangan paling meragut nyawa di Nepal sejak 1992, pesawat Pakistan International Airlines yang membawa 167 penumpang, maut apabila pesawat itu terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Kathmandu.

Hanya dua bulan sebelum itu sebuah pesawat Thai Airways terhempas berhampiran lapangan terbang sama dengan mengorbankan 113 orang. – AFP

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s