[Video] Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil - pakdin.my

RECIFE: Ribut yang mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di di Timur Laut Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 106 orang.

Menurut pegawai pasukan keselamatan, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih meneruskan pencarian.

Banjir lumpur serta tanah runtuh memusnahkan beberapa rumah di kawasan kejiranan termasuk Jardim Monteverde, sebuah komuniti miskin terletak di luar bandar Recife.

Ada penduduk menyamakan gelombang lumpur yang membadai kediaman mereka seperti deruan tsunami.

Pasukan penyelamat menemui puluhan mayat tertimbus selepas banjir membadai kawasan kejiranan itu pada Sabtu lalu.

Enam lagi mayat yang dilaporkan hilang di kawasan kejiranan itu berjaya ditemui Jumaat lalu, menjadikan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan, maklum kerajaan negeri Pernambuco.

Di tempat lain pula, menurut pegawai pengurusan bencana menyaksikan sekurang-kurangnya lapan orang hilang akibat bencana itu.

Kru operasi menggunakan anjing terlatih untuk mengesan mangsa yang terperangkap dalam bencana itu.

Sekurang-kurangnya 24 kawasan perbandaran di Pernambuco mengisytihar darurat negeri dan lebih 6,000 orang kehilangan kediaman mereka atau terpaksa dipindahkan.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menerusi video yang dimuatnaik di Twitternya, memaparkan beliau melakukan pemantauan menaiki helikopter di zon bencana.

“Saya cuba mendarat tetapi juruterbang menasihatkan ia cuma akan mengakibatkan ketidakstabilan tanah. Jadi boleh menyebabkan kemalangan. Itu sebab kami putuskan tidak melakukannya,” katanya dalam satu sidang media.

Janngan lupa subscribe

Hujan bermula minggu lalu tetapi bertambah kuat sehingga kini, mendapati rekod taburan hujan meningkat sehingga 70 peratus daripada paras normal.

“Perubahan iklim boleh menjadi punca peningkatan hujan yang melampau dan gans yang dikesan bukan sahaja di Brazil tetapi di seluruh dunia, kata Penyelaras Penyelidikan di Pusat Pemantauan dan Amaran Bencana Alam Kebangsaan, Jose Marengo. – AFP

UTAMADUNIA Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium