‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ kata Najib - pakdin.my

Ini posting saya dari April 2021 iaitu masa yang saya perhatikan ada yang tak betul dengan langkah kerajaan PN berhubungan harga ayam ketika itu.

Masalah kekurangan dan kenaikkan ayam hari ini sehingga kami terpaksa hentikan eksport ayam sebenarnya berpunca dari langkah kerajaan PN pada bulan April 2021.

Bulan itu yang kerajaan melaksanakan kawalan harga jualan ayam pada tahap yang lebih rendah berbanding harga pasaran dan langsung tidak mengambil kira kos dedak dan kos bahan api yang naik masa itu.

Sejak bulan itu sistem kawalan harga telah dikenakan atas harga ayam dan telur.

Kawalan harga yang tidak menyelesaikan masalah asas.

Soalan asas tak pernah dijawab kerajaan atau menteri PPBM iaitu:

“Siapa yang nak terus menjual barang jika ianya pada harga paksaan yang merugikan?”

Sehingga ramai penternak dan ladang kurangkan pengeluaran atau gulung tikar.

Kerajaan hari dan menteri pertanian PPBM akhirnya memahami isu ini pada bulan Februari 2022 dan mula memberi subsidi 60 sen kepada penternak.

Namun bayarannya lambat sehingga ramai penternak mengadu.

Entah siapa yang lambat – Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Pertanian.

Kini, pengeluaran sudah mengecil.sejak bulan April 2021 dan kerajaan hari ini pula sudah give-up untuk memberi subsidi serta tidak akan mengenakan harga kawalan tak lama lagi.

Inilah kesannya apabila kita teruskan dasar-dasar yang tak masuk akal dan degil mendengar.

Posting April 2021 (ulasan isu serta cadangan penyelesaian)
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10157843331750952

UTAMANAJIB RAZAK‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium


Warning: Module "mbstring" is already loaded in Unknown on line 0