(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak - pakdin.my

PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam.

Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu.

“Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat.

“Semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan atas nama mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Zaki memberitahu, temu bual bersama dengan ibu mangsa turut mengesahkan wanita berkenaan hamil tujuh bulan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.

“Susulan itu, polis menjalankan satu operasi dan menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh untuk membantu siasatan.

“Tempoh tahanan reman akan dipohon bermula hari ini bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan oleh pihak kami,” jelasnya.

Muhamaad Zaki berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITA(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium