UtamaDUNIA(Video) Letupan depoh kontena:...

(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh - pakdin.my

CHITTAGONG, BANGLADESH: Angka kematian akibat kebakaran dan letupan di depoh kontena, di sini meningkat kepada 34 orang pada Ahad (5/6/2022).

Jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan lebih 300 mangsa cedera.

Ketua doktor di wilayah itu, Elias Chowdhury memberi, AFP, ketika pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran, lebih 300 cedera.

“Mereka termasuk beberapa wartawan, yang melakukan siaran langsung (mengenai insiden) di Facebook, yang belum diketahui jumlahnya,” katanya.

“Terdapat beberapa mayat di dalam kawasan yang terbakar. Saya nampak ada lapan atau 10 mayat,” kata seorang sukarelawan kepada wartawan.

Mereka yang cedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis, kata Ketua Polis Wilayah Chittagong Anwar Hossain kepada AFP.

Sekurang-kurangnya lima anggota bomba yang terbunuh.

“Angka korban dijangka terus meningkat kerana sebahagian mangsa yang cedera berada dalam kritikal, kata Hossain.

Saksi berkata, letupan berlaku ketika orang ramai sedang berusaha memadamkan kebakaran.

“Saya berdiri di dalam depoh. Letupan itu menyebabkan saya tercampak kira-kira 10 meter (hala) dari tempat saya berdiri. Tangan dan kaki saya melecur,” kata pemandu lori, Tofael Ahmed.

Letupan sangat kuat sehingga menggegarkan bangunan kediaman beberapa kilometer dari depoh, kata Mohammad Ali, 60, yang mempunyai kedai runcit berhampiran.

“Sebuah silinder ‘terbang’ kira-kira setengah kilometer dari tempat kebakaran ke kolam kecil kami ketika letupan berlaku.

“Letupan turut mencetuskan bebola api ke langit, sebelum turun seperti hujan. Kami sangat takut menyebabkan kami segera meninggalkan rumah untuk mencari perlindungan… Kami menyangka api akan merebak ke kawasan ini kerana ia sangat padat dengan penduduk,” katanya.

Depoh kontena menyimpan hidrogen peroksida, kata ketua perkhidmatan bomba Brigedier Jeneral Main Uddin kepada pemberita.

“Kami masih tidak dapat mengawal kebakaran kerana kewujudan bahan kimia ini,” katanya.

Ketua doktor di Chittagong, Chowdhury berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke beberapa hospital berbeza di wilayah itu dan doktor yang sedang bercuti diarah kembali untuk membantu.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...