Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar - pakdin.my

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak selesa dengan desakan berterusan Umno agar pilihan raya umum (PRU) diadakan awal memandangkan ia menjejaskan kedudukannya.

Mahfuz berkata, Ismail tidak akan senang dengan tekanan itu kerana beliau tahu rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup dan akan menunjukkannya pada PRU.

“Saya tak rasa Ismail bersedia untuk melepaskan jawatannya begitu sahaja,” kata Mahfuz dalam program bual bicara Amanah yang disiarkan di Facebook semalam.

“Saya tak rasa perdana menteri boleh terima keputusan yang dicapai pada konvensyen BN (Barisan Nasional) untuk membubarkan Parlimen sekarang, apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kos sara hidup.”

“Perdana menteri patut tahu bahawa rakyat sudah letih dan muak dengan krisis yang kita hadapi sekarang. Jika beliau mahu jadi perdana menteri dengan penggal paling singkat, maka bubarkanlah Parlimen. Jika beliau mahu pastikan beliau bukan perdana menteri selepas PRU15, bubarkanlah Parlimen.”

Pada konvensyen BN, Ismail berkata, beliau tidak akan menangguhkan pembubaran Parlimen “walau sesaat pun” sebaik sahaja BN bersedia. Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan media di Jepun bulan lepas beliau berkata, PRU perlu ditunda disebabkan kenaikan kos sara hidup dan inflasi.

Ramai pemimpin Umno mendesak agar PRU diadakan awal selepas BN menang bergaya pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, “masa terbaik” untuk PRU adalah sebelum suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, berdasarkan sentimen semasa, mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat tidak akan menguntungkan Umno mahupun BN.

“Rakyat marah disebabkan kenaikan kos sara hidup dan krisis ekonomi,” kata Mahfuz.

“Jika kita (Pakatan Harapan) kemaruk kuasa, kita akan setuju dengan gesaan Umno untuk adakan PRU15. Itu adalah perkara terbaik untuk kita,”

UTAMAPILIHAN RAYAIsmail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium