Lelaki pukul jiran sehingga maut direman - pakdin.my

  • Lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Kejadian pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek.
  • Kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa menanam pokok di laluan jalan.

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang memukul jirannya menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Kelochor, di sini, semalam direman enam hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan, seorang warga emas Hor Keng Wah, 69, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dipukul oleh jirannya menggunakan sebatang kayu.

Hasil siasatan awal dipercayai, kejadian pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek, di mana suspek juga adalah jiran mangsa.

Suspek mengaku memukul mangsa menggunakan sebatang kayu dan kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa menanam pokok di laluan jalan menyebabkan kenderaan milik suspek sukar melalui jalan berkenaan.

UTAMABERITALelaki pukul jiran sehingga maut direman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium