‘Macam mana boleh kata PPBM ada agenda tersembunyi’ – Muhyiddin tanya Hadi Awang - pakdin.my

  • “‘Nothing wrong to explore’ (tiada salah untuk teroka)”
  • “Macam mana dikata PPBM boleh ada agenda tersembunyi, masa PRU, semua mesti terbuka.
  • Abdul Hadi dilaporkan mengakui tahu agenda Muhyiddin untuk bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU-15 di bawah khemah besar.
  • Selain PPBM dan PAS, PN turut dianggotai GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

 

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada salahnya untuk parti politik meneroka apa juga peluang yang ada.

Merujuk kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak agenda Perikatan Nasional (PN) bekerjasama di bawah satu khemah besar dengan pembangkang, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN, berkata pihaknya terbuka berbincang dengan komponen dalam PN tanpa sebarang masalah.

“‘Nothing wrong to explore’ (tiada salah untuk teroka),” kata bekas Perdana Menteri pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri PN Johor, di sini hari ini.

Berharap tiada pihak yang mempolitikkan atau terjebak sekiranya terdapat kenyataan kurang jelas, Muhyiddin juga menegaskan, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung perancangan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Tujuan kita sebagai satu gabungan parti, kita ambil langkah dan usaha untuk menentukan kejayaan, ia membabitkan pelbagai cara dan pendekatan. Sekiranya dasar berkenaan selari dengan dasar PN, saya bersetuju, sekiranya ia tidak selari saya tidak bersetuju,” katanya.

Kepada kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sedik yang menuntut beliau bersikap jujur dan berterus-terang mengenai hala tuju kerjasama politik dengan PAS untuk menghadapi PRU-15, Muhyiddin berkata, apa juga agenda yang dirancang adalah untuk kepenting gabungan berkenaan.

“Macam mana dikata PPBM boleh ada agenda tersembunyi, masa PRU, semua mesti terbuka. Setiap langkah adalah agenda demi kepentingan parti, namun ia tidak boleh dedahkan lanjut sehingga sampai satu keadaan sesuai,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, PN mengutamakan masa depan setiap parti dalam gabungannya dan PPBM tiada agenda tersendiri.

Muhyiddin memaklumkan, majlis pimpinan PN akan mengadakan mesyuarat malam ini yang dijangka turut dihadiri Abdul Hadi bagi membincangkan beberapa perkara.

Semalam, Abdul Hadi dilaporkan mengakui tahu agenda Muhyiddin untuk bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU-15 di bawah khemah besar, namun menolak pendekatan cuba dibawa bekas Perdana Menteri itu.

“Kita berbincang bersama dan tidak sembunyi-sembunyi, malah Muhyiddin pada pertemuan itu menerima pandangan PAS,” katanya.

Terdahulu, Kamarudin turut dipetik berkata, PAS tidak wajar diheret bersama di bawah khemah besar atau kerjasama persefahaman pilihan raya antara PPBM dengan parti pembangkang lain jika membabitkan hubungan dengan DAP dan PKR.

Selain PPBM dan PAS, PN turut dianggotai GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

BACA juga:
PAS tolak untuk bekerjasama bawah khemah besar
https://pakdin.my/159297/

PAS tolak untuk bekerjasama bawah khemah besar

 

UTAMAPOLITIK'Macam mana boleh kata PPBM ada agenda tersembunyi' - Muhyiddin tanya Hadi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium