- Laluan sukar untuk Harimau Malaya ke Piala Asia.
- Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain.
- Beraksi dalam keadaan padang yang becak sepatutnya memberikan kelebihan kepada Malaysia
Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.
Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.
Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan.
- Advertisement -
Beraksi dalam keadaan padang yang becak jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.