Utama GAYA HIDUP Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak

  • Laluan sukar untuk Harimau Malaya ke Piala Asia.
  • Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain.
  • Beraksi dalam keadaan padang yang becak sepatutnya memberikan kelebihan kepada Malaysia

Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.

Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan.

Beraksi dalam keadaan padang yang becak jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.

Exit mobile version