PRU15 boleh diadakan selepas bajet ‘wow’, kata Tok Mat - pakdin.my

  • Kita faham sebab parti dan kerajaan dua entiti yang berbeza. Umno…Umno, kerajaan…kerajaan.
  • Masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan.
  • Kalau nak buat sebelum bajet buat apa, tak ada ‘mileage’ kan. Ataupun nak buat lama (lagi) selepas bajet pun tak guna juga.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menjangkakan masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan pada Oktober ini.
Katanya, bajet itu perlu mempunyai faktor wow kerana ia merupakan buah tangan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob daripada Barisan Nasional (BN).

“Apabila kita kata bajet, ini bajet Ismail Sabri, bajet Umnolah, bajet BN. Nak pilihan raya buatlah bajet yang elok-elok.

“Tapi bajet pilihan raya ini mesti ada sesuatu yang dipanggil sebagai ‘wow factor’, jadi buatlah. Jadi, lepas pembentangan bajet, bolehlah buat pilihan raya.

“Kalau nak buat sebelum bajet buat apa, tak ada ‘mileage’ kan. Ataupun nak buat lama (lagi) selepas bajet pun tak guna juga,” katanya.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau sebelum ini berpendapat Mac atau Jun tahun ini paling sesuai mengadakan PRU15, susulan kemenangan bergaya BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor serta 10 pilihan raya kecil terdahulu.

Beliau berkata, pembangkang turut kalah teruk dalam PRN Sarawak pada 18 Dis 2021.

“Namun, kita faham sebab parti dan kerajaan dua entiti yang berbeza. Umno…Umno, kerajaan…kerajaan.

“Bagi pihak parti, ini parti punya ‘wishlist’, tapi bagi pihak kerajaan dan perdana menteri, dia ada pertimbangan-pertimbangan lain, termasuk memorandum persefahaman dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini,” katanya.

KHEMAH BESAR PEMBANGKANG

Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN berkata, pembangkang tidak akan berjaya membentuk kerajaan stabil menerusi pendekatan khemah besar kerana motif mereka hanya untuk menjatuhkan BN.

“Dulu, Pakatan Harapan (PH) pun ada khemah yang amat besar, tapi hanya bertahan 22 bulan.

“Kali ini mereka risau dengan BN. Orang kata memang takutlah pada BN. Kalau saya di sebelah sana pun saya takut. Ombak gelombang sokongan rakyat kepada BN telah kembali.”

Beliau juga berharap Umno tidak dipersalahkan atas kejatuhan kerajaan PH selama 22 bulan.
“Bukan kita jatuhkan PH ya. Jangan silap faham.

“Orang kata kerajaan PH jatuh sebab Langkah Sheraton. Tidak. Kerajaan PH jatuh sebab Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan perdana menteri dan Muhyiddin Yassin membuat ‘mutiny’.

“‘Mutiny’ ini pemberontakan ataupun mengkhianati parti dia sendiri dan bersama-sama Azmin Ali dan geng-geng dia, apa pula nak disalahkan Umno.”

UTAMAPILIHAN RAYAPRU15 boleh diadakan selepas bajet ‘wow’, kata Tok Mat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium