2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang - pakdin.my

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata dalam kejadian jam 7.48 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dalam perjalanan dari Kerling ke Proton City, Tanjung Malim, maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Volvo dipandu lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba, kereta itu berlanggar dengan motosikal Yamaha Y15 dinaiki kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Motosikal itu juga dipercayai masuk ke laluan kereta sebelum kedua-duanya bertembung,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, akibat kemalangan itu penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

UTAMABERITA2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium