Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya - pakdin.my

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah siap. Ini fakta betapa cerdiknya kepimpinan PH semasa berkuasa.

1. Projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) keseluruhan full spec RM9 billion diumumkan ketika dilancarkan oleh PM, DS Najib Razak ketika itu. Tapi PH lantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Nak ‘jimat’ punya fasal dia kata boleh jimatkan dengan harga low spec berjumlah RM16 billion.

2. Nak tanya, ada tak laluan atau stesen LRT 3 berhampiran rumah korang? Masa PH menggelupur berkuasa, mereka sembang ekonomi negara kita macam dah nazak teruk. Tunggu masa nak bankrupt jer. Nak jimat punya fasal, PH kurangkan beberapa stesen LRT 3.

3. PH punya brilliant idea, nak jimat punya fasal lagi, PH batalkan laluan bawah tanah. Yela kan, takut kena ‘tanam’ awal (dah jadi kenyataan dah 22 bulan 😄).

4. Plan asalnya 1 set tren tu ada 6 gerabak. Nak jimat punya fasal, PH kontotkan set tren tu jadi 3 gerabak jer. Bersardinlah nanti bila naik time peak hours.

5. Kenapa LRT 3 ini nak dibina sehingga ke Klang? Sebab kawasan² laluan ni mempunyai high density. Setiap hari dan masa jem tak ketentuan. Kebanyakan warga Klang juga bekerja di sekitar Lembah Klang terutamanya Kuala Lumpur. Ini plan asal kerajaan BN fikirkan untuk permudahkan rakyat.

6.  LRT3 boleh membawa lebih penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 orang penumpang setiap arah dan setiap jam.

7. Maka banyakkanlah berterima kasih kepada PH. Mereka punya level otak, tahap ceramah tepi jalan jer. Duduk dalam pentadbiran kerajaan, hari² wirid Malaysia nak bankrupt disebabkan Najib dan UMNO.

Bila dah tiada kuasa, PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam. Kononnya mereka lagi bijaksana, excellent, well done, arif jadahnya. Kemudian claim sebagai penjimatan yang berjaya, hanat betul. Yang teraniaya, bukan pengundi PH tapi 1 Malaysia teraniaya.

Dari Facebook Najib Razak:
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/593721028785506

LRT 1: Ampang.

– Kerajaan BN dahulu tambah bilangan tren dan gantikan tren 4 gerabak dengan tren 6 gerabak pada tahun 2015.

– Kesesakan berlaku ketika ini.

LRT 2: Kelana Jaya

– Kerajaan BN dahulu tambah bilangan tren dan perkenalkan tren generasi baharu 4 gerabak pada tahun 2016

– Kesesakan berlaku ketika ini.

LRT3 Klang-Bandar Utama

– Kerajaan PH kurangkan jumlah tren dari 42 tren 6 gerabak dirancang kerajaan BN kepada 22 tren 3 gerabak.

– saiz stesen dan kepangjangan platform stesen turut dipendekkan supaya hanya mampu muat tren 3 gerabak.

Adakah kesesakan teruk akan berlaku bila projek LRT3 mula beroperasi pada tahun 2024 (yang ditangguh dari tarikh asal tahun 2020) sekiranya ianya tidak dipulihkan dengan segera?

UTAMANAJIB RAZAKKesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium