Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi - pakdin.my

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja.

Sedangkan katanya, penyedilik Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baharu bagi mempertahankan Pulau Batu Putih.

“Bukan dia tidak tahu pasukan penyelidik dari Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baru yang mengatasi surat daripada pemangku SS Johor yang di buat pada tahun 1953.

“Bukan dia tidak tahu pendengaran kes di ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) telah di tetapkan pada 11 Jun 2018.

“(Dr Mahathir) melepaskan kedaulatan negara dengan begitu sahaja,” katanya di ruangan komen Facebook pemilik akaun Salahuddin Hisham.

Pemilik akaun Facebook berkenaan mengulas kenyataan Dr Mahathir berhubung isu tuntutan Pulau Batu Putih.

Semalam, Dr Mahathir menyifatkan laporan media kononnya beliau mendesak supaya Malaysia menuntut semula Singapura dan Kepulauan Riau sebagai tidak tepat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau tidak pernah meminta supaya Malaysia menuntut semula kedua-dua wilayah tersebut.

Sebaliknya menurut Dr Mahathir, beliau hanya mahu menunjukkan bahawa rakyat negara ini begitu bimbangkan Pulau Batu Puteh yang kecil berbanding wilayah lain yang telah diambil dari Malaysia.

“Saya cuba menunjukkan bahawa kita begitu bimbang kehilangan batu sebesar meja tetapi tidak pernah mengenai bahagian yang lebih besar di Malaysia apabila ia diambil daripada kita.

“Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah kesilapan Kerajaan Johor menafikan bahawa pulau itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang,” katanya.

UTAMABERITAAMPulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium