[VIDEO] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan - pakdin.my

  • Ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh
  • Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, di bawah timbunan batang pokok.
  • Dipercayai bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa.

BALING: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa.

“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan terperangkap di bawah timbunan kayu.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama, diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Sayani berkata, tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.

Katanya, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.

“Pihak bomba turut menggunakan anjing pengesan JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.

https://youtu.be/hyz1LmalEi0

BACA juga:

[VIDEO] Penduduk di Baling terkejut kawasan kampung dilanda banjir, beberapa rumah ranap

UTAMABERITA Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium