[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler di Simpang Roban, Saratok - pakdin.my

KUCHING: Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan treler berdekatan simpang Roban, di Saratok, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dengan treler.

“Empat orang yang berada di dalam kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, semua mangsa dipercayai sekeluarga iaitu lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Difahamkan, semua mangsa adalah satu keluarga,” katanya.

Mangsa yang maut dikenali Azwin Yusman,30, pemandu yang juga pekerja Offshore Petronas, isteri Nadziran Mohd Nor, 28, serta dua anak mereka Hazreen Zharfan Azwin,4, dan Hazeef Zharfan Azwin,1.

UTAMABERITA 4 maut kereta bertembung treler di Simpang Roban, Saratok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium