[VIDEO] Enam pelajar perempuan terlibat kes buli ditahan - pakdin.my

  • Polis menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu.
  • Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa tersebut.
  • Pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

KOTA KINABALU: Polis menahan enam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Inanam selepas dipercayai terlibat dalam kes buli.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin.

“Polis menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu.

“Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Zaidi berkata bertindak dengan kejadian, pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini polis sudah menahan enam pelajar perempuan dari sekolah sama berumur dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun.

“Polis turut menahan seorang lagi perempuan berumur 17 tahun yang juga bekas pelajar sekolah tersebut bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Menurutnya pihak polis memandang berat kes seumpama dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa,” katanya.

UTAMABERITA Enam pelajar perempuan terlibat kes buli ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium