[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis - pakdin.my

KANGAR: Hujan lebat berserta angin kencang sepanjang hari ini menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di seluruh negeri ini terjejas teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan struktur serta bumbung diterbangkan angin kencang.

Katanya, antara kawasan terjejas adalah seperti di Paya, Lubuk Sireh, Padang Pauh, Mata Ayer, Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh, Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis.

“Setakat ini, kita telah kenal pasti kira-kira 50 buah rumah yang terjejas akibat hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 11 pagi ini.
https://youtu.be/QuUpnBx8klA

“Kebanyakan rumah yang terjejas itu adalah daripada aspek bumbung diterbangkan angin kencang dan dihempap pokok.

“Kita akan segera menyelaraskan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih rumah ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, puluhan pokok dikenal pasti tumbang di sekitar negeri ini ekoran angin kencang serta hujan lebat yang masih berterusan dijangka sehingga pukul 6 petang ini.

UTAMABERITA 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium