3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh - pakdin.my

3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh

BOGOTA: Tiga kanak-kanak maut apabila sebuah sekolah luar bandar ditimpa tanah runtuh di Andes, barat laut Colombia, semalam.

Tanah runtuh itu menimbus sekumpulan murid yang sedang menjalani waktu rehat bersama seorang guru dan ibu seorang kanak-kanak terbabit.

“Dimaklumkan berita amat menyedihkan: tiga kanak-kanak terkorban dalam kejadian ini,” kata Datuk Bandar Andes, Carlos Osorio, kepada media tanpa memberikan butiran umur mangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, 17 murid lain bersama guru serta ibu yang tertimbus itu terselamat, manakala dua lagi kanak-kanak dirawat di sebuah hospital berdekatan dan berada dalam keadaan stabil.

Puluhan penduduk kampung membantu anggota penyelamat daripada pasukan tentera dalam usaha menyelamatkan mangsa terbabit.

Rakaman video dikongsikan dalam media sosial menunjukkan puluhan orang bertungkus lumus mengalihkan timbunan pokok dan runtuhan, selain dua mesin pengorek turut digunakan.

Tanah runtuh itu berlaku susulan hujan lebat yang melanda sebahagian besar Colombia akibat fenomena cuaca La Nina.

Cuaca hujan dijangka berterusan hingga September depan, menurut institut meteorologi. – AFP

UTAMADUNIA3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium