UtamaWWW1 - Jawapan Untuk...

WWW1 – Jawapan Untuk RPK - pakdin.my

WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman seluruh rakyat kita.

Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu penghinaan yang dibuat secara terang.

Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak lebih RM 500,000? Tidak terfikirkah oleh Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.

Isu ini tidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin. Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.

Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak pada 2009.

Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama sekali. Kalau diikuti betul-betul Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.

Sedangkan hakikatnya Sultan Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan itu. Mesej inilah yang disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi isu nasional.

Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan. Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia. Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.

Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.

Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan. Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.

Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’ sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.

Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya. Peluang dan kesempatan dari kebebasan menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan melalui tindakan seumpama ini.

Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh. Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...