Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

16,010 Lans Koperal Naik Pangkat Ke Koperal Selepas Lima Tahun Berkhidmat

Seramai 16,010 anggota polis berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka iaitu selepas lima tahun berkhidmat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata melalui kaedah kenaikan pangkat itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang telah memenuhi syarat perkhidmatan, layak dinaikkan ke pangkat Koperal tanpa melalui proses temuduga.

“Selepas lima tahun perkhidmatan sebagai Lans Koperal, anggota tersebut layak dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat-syarat perkhidmatan iaitu lulus undang-undang tetap jabatan, lulus tapisan jabatan dan diperakukan oleh pegawai pemerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Makmal Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia di sini Sabtu malam.

Ismail berkata fasa pertama telah selesai dilaksanakan pada 15 Julai lepas yang melibatkan 1,294 anggota dinaikkan pangkat manakala fasa seterusnya iaitu 14,716 anggota lagi akan dinaikkan pangkat secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

“Kenaikan pangkat Lans Koperal ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan namun jumlah itu sememangnya di dalam bajet yang telah diperuntukkan kepada PDRM dan tentunya keputusan kenaikan pangkat secara ‘time based’ (tempoh perkhidmatan) ini akan menambahkan motivasi dan kualiti perkhidmatan PDRM,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun untuk kenaikan pangkat kategori seterusnya iaitu Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjan Mejar dan Sarjan Mejar ke Subs Inspektor kaedah temu duga masih diguna pakai.

Melalui kaedah ‘time based’ yang diperkenalkan Perdana Menteri pada Sambutan Hari Polis Ke-203, tahun lepas, anggota berpangkat Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun berkhidmat manakala Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun.

Berkaitan