Yang di-Pertuan Agong: Keamanan dan keharmonian negara tidak boleh diperjudikan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah bertitah keamanan dan keharmonian negara bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan malah tidak wujud istilah peluang kedua untuk keamanan sesebuah negara.

Seri Paduka bertitah jika sekali keamanan negara hancur dan hilang, nescaya rakyat akan hidup dalam keadaan mundur dan porak-peranda.

“Menyedari hakikat ini, beta menyeru kepada sekalian rakyat supaya lebih berhati-hati dan berfikir secara lebih matang. Keamanan dan keharmonian bukanlah sesuatu yang boleh kita perjudikan. Maka, sebagai sebuah bangsa merdeka lagi bertamadun, salurkanlah apa jua kritikan malah bantahan sekali pun dengan cara berhemah dan berhikmah,” titah Tuanku Abdul Halim sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka yang disiarkan menerusi TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Seri Paduka turut melahirkan rasa amat dukacita dengan tindak-tanduk dan angkara sesetengah pihak yang dilihat sengaja ingin meruntuhkan asas keamanan negara yang telah dicipta secara bersusah payah. Tuanku Abdul Halim bertitah perbuatan sedemikian jelas memperlihatkan niat tidak murni dan ketidakjujuran mereka dalam menjalankan peranan siasah mahu pun organisasi.

“Sepatutnya, mana-mana kumpulan, dalam menjalankan peranan siasah mahu pun organisasi masing-masing, hendaklah memberikan kritikan yang membina dan kondusif, bukannya memperalatkan rakyat yang tidak bersalah sehingga memesongkan pemikiran mereka,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah tindakan golongan tertentu yang mendakwa berjuang atas nama kebebasan dan hak asasi manusia dilihat hanya bertujuan menimbulkan provokasi dan meletakkan keamanan negara dalam situasi yang berbahaya.

Tuanku Abdul Halim mengingatkan bahawa rakyat tidak boleh alpa dan leka dengan anasir luar yang tidak berputus asa mahu menceroboh benteng kedamaian negara.

“Menyedari hakikat ini, amat penting bagi kita memperkukuhkan jati diri serta semangat cintakan negara. Setelah lebih setengah abad mengecap nikmat merdeka, janganlah kita terpedaya dengan dakyah atau apa jua propaganda luar yang tidak lain dan tidak bukan, hanya mahu menguasai dan mengganggu-gugat negara kita.

“Penjajahan bentuk baru terhadap politik dan ekonomi Malaysia yang cuba dilakukan ini haruslah disekat dan ditentang bersama. Mahu tidak mahu, kedaulatan tanah air tercinta mestilah terus dipertahankan,” titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut memuji falsafah gagasan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan Seri Paduka sebagai semakin berjaya menyatukan serta memupuk kerjasama semua pihak dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai negara yang masih muda, Seri Paduka bertitah usaha gigih serta perancangan padu oleh kerajaan yang cekap telah mampu melonjakkan negara ke tahap yang membanggakan pada hari ini.

“Namun, walau secantik mana strategi yang telah dirangka kerajaan, hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju tidak akan tercapai jika tidak disokong dengan persekitaran yang kondusif, stabil dan harmoni.

“Demi masa depan Malaysia, unsur-unsur tidak sihat yang sedang menular dalam cara gaya rakyat Malaysia di semua aspek tidak kira politik, sistem nilai yang dipegang atau kehidupan seharian hendaklah sentiasa dibendung.

“Sebagai masyarakat yang cintakan negara, kita perlu bertindak rasional dengan meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi dalam apa jua situasi serta keadaan,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka meminta rakyat supaya melihat kesan daripada pergeseran dan kekacauan yang timbul di beberapa negara luar akibat pemberontakan dan tunjuk perasaan yang tidak berkesudahan terutamanya pada aspek ekonomi yang menjadi gawat dan bermasalah.

Seri Paduka turut mengingatkan supaya detik hitam dan peristiwa berdarah yang pernah menguji negara seperti darurat, pemberontakan Parti Komunis Malaya, era konfrantasi serta pergeseran kaum perlu dielakkan daripada berulang.

“Persoalannya, apakah rakyat mahu melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kita sendiri? Ternyata jika itu berlaku, ikhtiar untuk memulihkan kembali keadaan akan mengambil masa yang sangat panjang.

“Sebab itu, janganlah sampai ia terjadi. Bak kata orang, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi,” titah Seri Paduka.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...