UtamaNASIONAL2 beradik sertai konvoi...

2 beradik sertai konvoi motosikal berkuasa tinggi maut - pakdin.my

Mohammad Noornazmin

IPOH – Keghairahan dua beradik menyertai konvoi buat kali pertama bersama 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang ditunggangi mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 271.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 22, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, berasal dari Lubok Cina, Melaka, menyertai konvoi dianjurkan oleh sebuah kelab bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

Mohammad Noornazmin yang juga Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut di tempat kejadian akibta kecederaan serius dengan sebahagian isi perutnya terburai sementara adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), tiga jam selepas kemalangan.

Ibu mangsa, Norhiah Abdul Rashid, 53, yang tiba di Unit Forensik pada jam 4 petang, tidak dapat menerima kematian dua anaknya serentak.

Menurutnya, dia sempat menghubungi Mohammad Noornazmin sebelum ke pasar pagi tadi dan memberitahu mereka tiba di Putrajaya dalam keadaan selamat.

Mohammad Noornazafiq

 “Pagi tadi Nazmin sempat berjemaah bersama kami dan saya meminta mereka untuk membatalkan hasrat menyertai konvoi ini kerana sudah merasa tidak sedap hati.

“Mereka nampak bersungguh-sungguh, jadi saya melepaskannya dan sempat menasihatkan supaya tidak menunggang laju. Tidak sangka, itulah pelukan terakhir kami,†katanya.

Norhiah berkata, kedua-dua beradik sangat rapat dalam melakukan apa sahaja aktiviti.

“Noornazafiq pula baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mendaftar sebagai pelajar di Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan Kesihatan KPJ,†katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu.

“Motosikal yang dinaiki dua beradik itu berada di lorong kanan sebelum terbabit dalam kemalangan. Mayat mangsa dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,†katanya.

Jenazah kedua-dua beradik itu akan dikebumikan ke Kampung Ramuan Cina Kechil, Lubok Cina, Melaka.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...