[VIDEO] Helikopter Tentera Pakistan membawa pegawai kanan tentera, terhempas di Balochistan - pakdin.my

Leftenan Jeneral Sarfraz Ali, komander Kor XII, dikatakan antara mereka yang menaiki helikopter itu yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di kawasan itu. Operasi menyelamat sedang dijalankan.

Sebuah helikopter Tentera Pakistan — bersama pegawai kanan tentera, termasuk komander Kor XII mereka, Leftenan Jeneral Sarfraz Ali — terhempas dekat Lasbela, Balochistan, Isnin malam (1/8/2022).

Nahas dilaporkan berlaku antara Windar dan Kuil Sassi Punnu di Balochistan.

Tentera Pakistan berkata dalam satu kenyataan bahawa helikopter itu – yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di kawasan itu – hilang selepas ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Sumber di Pakistan memberitahu bahawa serpihan helikopter yang terhempas itu ditemui selepas misi mencari dan menyelamat dilancarkan, sebaik sahaja helikopter itu hilang dari radar.

Sumber berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sebab nahas itu berlaku.

Berita mengenai helikopter yang hilang itu mendorong Perdana Menteri (PM) Pakistan Shehbaz Sharif dan bekas PM Imran Khan merakamkan kesedihan mereka dan mendoakan mereka yang terlibat dimedia sosial.

Mereka terkorban didalam nahas helikopter tersebut adalah:

1. Lieutenant General Sarfraz Ali
2. Major General Amjad
3. Brigadier Khalid
4. Major Saeed (Pilot)
5. Major Talha (Co-Pilot)
6. Crew Chief Naik Mudassir

UTAMADUNIA Helikopter Tentera Pakistan membawa pegawai kanan tentera, terhempas di Balochistan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium