[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad - pakdin.my

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seorang Muslim perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan ibadah termasuk haji dan umrah supaya amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan diterima Allah.

“Memang individu berkenaan mengerjakan umrah lengkap syarat tapi masalahnya adakah ibadat itu diterima Allah dan dapat pahala kerana tidak mengikut peraturan Allah melalui al-Quran dan sunnah.

“Saya kasihan kepada orang begini kalau dia masih menganggap dirinya Muslim kerana perbuatan ini boleh menyebabkan dia terkeluar daripada agama Islam sendiri. Boleh jadi murtad.

“Bagi orang Islam yang komited kepada agama dan faham ajaran Islam maka perbuatan sedemikian boleh dianggap sebagai mempermain-mainkan agama,” katanya selepas merasmikan Karnival Kesenian Islam Kolej Vokasional Balik Pulau di sini hari ini.

Instagram will load in the frontend.

Wan Salim berkata, perbuatan itu tidak menjejaskan ibadah umrah jemaah lain yang tidak mengetahui status sebenar wanita terbabit dan hanya memudaratkan pelaku itu sendiri.

Menurutnya, perbuatan mempermainkan dan mempersenda agama adalah sifat orang munafik yang diancam di dalam al-Quran dengan seksaan neraka yang ngeri di akhirat kelak.

Katanya, jika individu terbabit mempunyai hasrat menjadi popular atau dikenali masyarakat banyak lagi ruang yang tersedia untuk seseorang itu meraih populariti dan bukannya dengan cara mempersendakan agama.

Beliau menegaskan bukan semua perkara boleh dibuat main terutamanya berkaitan agama apatah lagi soal ibadah yang menjadi teras penting dalam ajaran Islam selain akidah.

“Tak padan dapat populariti berbanding balasan seksaan daripada kelakuan mempersendakan agama kerana dalam agama penganutnya dikehendaki menghormati agama dan perbuatan itu menunjukkan dia seolah-olah memandang remeh dan ringan agama Islam.

“Saya harap sementara peluang masih ada, Allah kurniakan lagi kesempatan untuk menjadi orang Islam baik diharap segera bertaubat sebelum terlambat,” katanya.

Sejak semalam beberapa hantaran video seorang wanita yang berada di Makkah dan menziarahi Raudhah dan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki tular di laman Twitter.

UTAMABERITAAM Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium