Utama NASIONAL JENAYAH / MAHKAMAH Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS) pada Selasa (16 Ogos).

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

Sumber yang mengetahui berkaitan kes berkenaan mengesahkan akan ada pertuduhan dibuat esok.

“Ya, kami akan mendakwa individu tertentu esok (Selasa),” kata sumber.

Pada Julai di laporkan bahawa penyiasat SPRM yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam projek LCS yang bernilai berbilion ringgit itu.

Exit mobile version