[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir - pakdin.my

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik susulan panahan petir.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya M Nor Zawawi Awang, 54, di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya percaya sebab kematian mangsa adalah kerana renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir terhadap invertor solar di rumahnya.

Katanya, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dan dibawa ke Klinik Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia.

“Selepas mendengar bunyi letupan petir, bapa mangsa pulang ke rumah dan dimaklumkan tiada elektrik. Bapa mangsa menghubungi pembaiki invertor solar dan diberitahu invertor solar rumah mereka rosak akibat daripada panahan petir.

“Bapa mangsa kembali ke surau, namun kira-kira 15 minit kemudian isterinya memaklumkan Nur Asyqin Qistina pengsan di tempat tidur.

“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan di tangan kanan mangsa terdapat telefon bimbit serta pengecas telefon bimbit berdekatannya. Terdapat kesan lecur dan terbakar pada tilam tempat tidur mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian didapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan punca kematian mangsa.

Sementara itu, bapa mangsa, M Nor Zawawi Awang, 54, berkata dia reda dengan kejadian ini dan menganggapnya adalah ujian untuk keluarga.

“Arwah adalah anak keempat daripada lima adik beradik dan kehilangannya sangat dirasakan.

“Sebelum kejadian kami sempat makan tengah hari bersama-sama dan tiada perubahan pada diri anak. Arwah anak yang baik dan ceria,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terkesan dengan kejadian ini, M Nor Zawawi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan telefon ketika hujan.

Terdahulu, Nur Asyqin Qistina ditemukan maut dipercayai dipanah petir, ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Kampung Sungai Raya, Kuala Betis, di sini, petang semalam.

UTAMABERITA Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium