UtamaNASIONAL@NajibRazak - Tiada Kompromi...

@NajibRazak – Tiada Kompromi Bagi Pihak Cuba Gugat Keamanan - pakdin.my

Perdana Menteri dalam ucapan sembah tahniah pula memberi jaminan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba menggugat keharmonian negara ini.

Kebajikan dan kesejahteraan rakyat pula menjadi matlamat tertinggi kerana kerajaan hari ini adalah  sebuah kerajaan daripada rakyat untuk rakyat yang mendapat mandat majoriti rakyat.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Atas alasan tersebutlah, dalam usaha menejar impian dan menepis sebarang ancaman, kerajaan akan terus bertindak tegas tanpa kompromi. Walaupun tidak disenangi sesetengah puak, termasuk kuasa asing, kita tidak akan sesekali tunduk pada mana-mana tekanan dan akan mengambil apa sahaja langkah  wajar sebagai hak majoriti, hak yang rumpun terus dilestarikan.

Untuk itu, rakyat yang cintakan keamanan wajib mempertahankan institusi serta sistem yang telah terbukti memanfaatkan negara sejak sekian lama.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Kita tak boleh benarkan, membiarkan asas terpenting demokrasi keunggulan suara majoriti dimusnahkan mereka yang mahu menegakkan kaedah rimba tak bertempat dengan menganggap siapa yang paling licik, lantang, siapa paling ganas sebagai kudrat dan kebenaran”.

Justeru, walaupun, menerima pelbagai gangguan, kerajaan ujar Datuk Seri Najib, akan terus melaksanakan pelbagai program transformasi yang dirancang.

Perdana Menteri menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda

Kerajaan akan terus bertindak tegas tanpa kompromi dalam menepis sebarang ancaman, terutamanya yang menggugat ketenteraman hidup rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun tidak disenangi oleh sesetengah puak termasuk kuasa asing, kita tidak akan sesekali tunduk pada mana-mana tekanan dan akan mengambil apa sahaja langkah yang wajar supaya hak majoriti rakyat untuk hidup rukun terus dilestarikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Sambil menzahirkan setinggi-tinggi junjungan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Najib berkata kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi matlamat tertinggi kerana kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan daripada rakyat untuk rakyat yang mendapat mandat majoriti rakyat selain barisan kepimpinan yang dipilih secara demokratik.

“Makanya kita tidak boleh dengan berwenang-wenang membiarkan asas terpenting demokrasi, iaitu keunggulan suara majoriti dimusnahkan oleh mereka yang mahu menegakkan kaedah rimba tidak bertempat dengan menganggap siapa yang paling lantang, siapa yang paling licik dan siapa yang paling ganas sebagai kudrat dan kebenaran. Cara gaya dan pegangan seperti ini, wajib ditolak sekeras-kerasnya,” katanya.

Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, adalah menjadi tanggungjawab setiap golongan untuk mempertahankan institusi serta sistem yang terbukti memanfaatkan kehidupan nasional dan bukannya menimbulkan kesangsian apatah lagi ketidakyakinan rakyat terhadapnya.

Justeru, kata Najib, rakyat hendaklah sentiasa menginsafi jerih payah kerajaan mentransformasikan negara dan jangan ada kelompok yang cuba memusnahkan segala pencapaian yang ada hanya kerana kepentingan jangka pendek.

Beliau berkata dialog nasional yang sihat harus sentiasa digalakkan kerana perbezaan pendapat yang disalur secara membina merupakan suatu rahmat kepada rakyat dan negara.

“Maslahat kebangsaan sewajarnya dibincangkan secara tertib bagi mencari penyelesaian terbaik bukannya diluahkan secara tidak keruan lagi menggila di jalanan.

“Penggunaan taktik-taktik kotor yang tidak bertanggungjawab bagi mencapai objektif politik akan hanya merugikan rakyat dan negara. Beringatlah bahawa, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara,” katanya.

Najib berkata dewasa ini, umum makin mengetahui bahawa kewibawaan kerajaan secara sengaja terus cuba dipertikai dan diperlekeh oleh sesetengah kelompok.

“Pendek kata, apa pun jua kejayaan yang telah dicipta oleh kita, mereka tidak akan memperakuinya dek kerana tidak mendatangkan laba atau keuntungan, malah merugikan mereka,” katanya.

Beliau berkata negara akan jauh ketinggalan dan kalah dalam persaingan sekiranya terbelenggu oleh permasalahan serta perbalahan yang tiada hujungnya.

Perdana Menteri menegaskan walau apa jua halangan waima sehebat mana rintangan, kerajaan tidak sedikitpun terkesima dengan gangguan yang ditimbulkan, malah, akan tetap fokus, cekal lagi tabah bergerak di atas landasan kebenaran demi pertiwi.

“Pucuk pangkalnya, kerajaan Tuanku ini akan terus menegakkan syarat dengan undang-undang, menegakkan adat yang dipegang, menegakkan amanah yang disandang, menegakkan hukum yang ditimbang, menegakkan pusaka yang berbilang dan menegakkan janji yang ditimang,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...