[VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran - pakdin.my

SANDAKAN: Lelaki dan dua wanita rentung dalam satu kebakaran di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 10.30 malam itu, identiti mangsa berkenaan belum diperolehi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.35 malam.

Menurutnya, sejurus itu, sepasukan 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan, menggunakan sebuah jentera penyelamat dan sebuah lori tangki.

Menurutnya, sebaik tiba, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar lalu usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan.

“Kira-kira 11 malam, api berjaya dikawal sebelum pemeriksaan menemui tiga mangsa rentung di tingkat bawah, di bahagian ruang tamu rumah.

“Namun demikian, setakat ini identiti sebenar mangsa belum diperolehi.

“Ketiga-tiga mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jimmy berkata, pemeriksaan lanjut mendapati rumah berkenaan musnah terbakar 90 peratus.

“Susulan itu, anggota bomba masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi pemadaman dihentikan sepenuhnya pada 1.21 pagi,” katanya.

 

UTAMABERITA Tiga rentung dalam kebakaran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium