[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong - pakdin.my

SEKINCHAN: Seekor beruang yang dipercayai mencari makanan dikesan berkeliaran di sawah padi Ban Canal, Parit 13, Sungai Nibong, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerusi Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat itu dan tiba pada jam 8 pagi.

Katanya, pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang berkenaan.

“Penduduk setempat diminta supaya segera menghubungi kita sekiranya ternampak kelibat beruang itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial menerusi video berdurasi 23 saat memaparkan seekor beruang berwarna hitam berkeliaran di kawasan sawah padi dipercayai sedang mencari makanan.

Janngan lupa subscribe

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari seorang wanita yang merakam video pergerakan haiwan liar berkenaan di belakang rumahnya.

Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku dan beruang berkenaan melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

UTAMABERITAAM Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium