[VIDEO] Kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di tepi jalan Mentakab - pakdin.my

Pada 31 Ogos 2022 jam lebih kurang 8.00 pagi, bu Pejabat Polis Daerah Temerloh telah mengesan satu video yang tular melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai bangsa India yang tersebar melalui media sosial “WhatsApp’.

Rakaman video yang berdurasi selama 10 saat ini, di percayai berlaku pada 31 Ogos 2022, jam lebih kurang di antara 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam, memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang bergaduh berhampiran di tepi jalan bandar Mentakab.

Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Susulan penularan rakaman video berkenaan, plhak polis telah melakukan tangkapan terhadap (7) orang lelaki bangsa India yang berumur dalam lingkungan 19 tahun hingga 35 tahun di sekitar kawasan bandar Mentakab yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Pihak polis juga akan meneruskan usaha-usaha untuk mengesan saki baki yang teribat dalam kes ini. Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil bagi menyalurkan maklumat kepada pihak kami.

Maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat ASP Imawathy Binti Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

UTAMABERITA Kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di tepi jalan Mentakab

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium