[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus - pakdin.my

KUALA NERUS – Seorang penganggur maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nerus berhampiran Kampung Tebauk di sini hari ini.

Mangsa, Rafiuddin Fakhri Rosdhi, 30, yang berasal dari Kampung Gong Kijang di sini dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada pukul 7:14 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, seramai 14 anggota bomba telah bergegas ke lokasi akibat menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.

“Tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu telah ditugaskan untuk melakukan selaman di lokasi kejadian.

“Operasi pencarian sedikit mencabar disebabkan keadaan dasar sungai yang agak keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Janngan lupa subscribe

Azmi berkata, mayat Rafiuddin Fakhri dijumpai pada kedalaman kira-kira 3.05 meter di dasar Sungai Nerus pasa pukul 10.42 pagi.

Tambah beliau, mayat mangsa ditemui pada jarak hampir dua meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

https://www.instagram.com/tv/CifgV5-ggoL/?utm_source=ig_web_copy_link

UTAMABERITA Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium