Utama PILIHAN RAYA PILIHAN RAYA UMUM 2022 “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji akan membubarkan parlimen dalam tempoh sedikit masa lagi.

Yang pasti, ikrarnya itu pasti mampu bikin cempera menggelabah blok oposisi yang begitu berharap MOU dilanjutkan sebagai helah untuk mereka menyusun strategi sekaligus menyerang bertubi-tubi dakyah dan propaganda palsu terhadap UMNO-BN.

Umum begitu maklum Pakatan Harapan sukar bangkit selepas dilabel “Kaki Kencing” ekoran siri-siri “Manifesto Scam” koalisi itu yang gagal dilaksana dan ini terbukti selepas mereka ditolak di tujuh PRK termasuk di tiga PRN – Melaka, Sarawak dan Johor!

Dan bagi Perikatan Nasional (PN) pula, kegagalan serius mereka mengurus pandemik telah memberi kesan dan musibah besar terhadap kehidupan setiap jiwa rakyat tanpa seorang pun terlepas dari terkena tempiasnya!

PKP dan Darurat yang dikuatkuasakan dilihat seolah-olah diperguna PN sebagai mesin talian hayat bagi melanjutkan tempoh kuasa politik mereka namun, takdir akhirnya menyebelahi seluruh rakyat apabila mereka hanya mampu bertahan 17 bulan selepas mencetus konflik dengan pihak Istana Negara apabila ingkar titah YDP Agong agar membahas dan mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat.

Rentetan polemik itu membuat sebahagian MP menarik sokongan terhadap PN, menjadikan mereka penyandang rekod kerajaan paling singkat dalam sejarah politik negara!

APAPUN, SEMUANYA KINI TERPULANG KEPADA ISMAIL SABRI BAGI MEMBERI RUANG DEMOKRASI DISEGERAKAN KERANA RAKYAT TIDAK LAGI MARAH KEPADA PH DAN PN, BAHKAN KINI BERDENDAM DAN TIDAK SABAR MENGHUKUM MEREKA DI PRU15 NANTI!

Squad Siasat
https://www.facebook.com/TimSiasat/posts/pfbid02sMjLupQvxWZkC3e8Efqtuq4zKQSFG4T6Ym9YaGggVS4goLVt3ry2vSSytBiKjCZml

Exit mobile version