65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA - pakdin.my

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat.

Beliau ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, utusan Malaysia pertama ke AS dan wakil kepada PBB.

Berbaju Melayu tradisional dan menyelit keris, Tun Dr Ismail membanggakan negara apabila menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB pada 17 September 1957, kurang sebulan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Beliau tegas mahu menggunakan keris walaupun dilarang berbuat demikian kerana sebarang senjata tidak dibenarkan dibawa masuk dalam persidangan.

Beliau berucap menggunakan Bahasa Melayu dan berpakaian tradisional untuk memertabatkan budaya dan bahasa Melayu bukan kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Kebanyakan yang mendapat pendidikan di zaman kolonial fasih berbahasa Inggeris.

UTAMABERITAAM65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium