[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini - pakdin.my

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya.

Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk untuk pemulihan ekonomi negara.

Janngan lupa subscribe

………..

KENYATAAN MEDIA – MESYUARAT MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung pada malam ini, 30hb September 2022 bersamaan 4 Rabiul Awal 1444 Hijrah dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah mencapai beberapa ketetapan berikut:

1. Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga. Berdasarkan keputusan ini, YAB Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

2. Keputusan Mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat Pandemik Covid-19  setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

3. Sehubungan itu, semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

4. UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, disamping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara.

5. Mesyuarat juga menyambut baik keputusan Kabinet yang mengarahkan siasatan lanjut dan tindakan perundangan segera dilaksanakan oleh agensi-agensi penguat kuasa berkaitan bagi menyiasat salah laku bekas Peguam Negara Tommy Thomas. Mesyuarat juga menggesa agar Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness” untuk segera didedahkan kepada umum.  Ini penting bagi memulihkan imej dan integriti institusi kehakiman serta kedaulatan undang-undang negara, seperti contoh yang terdapat di dalam muka surat 342 buku tersebut yang berkemungkinan melanggar Seksyen 32 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

6. UMNO juga menjunjung titah KDYMM Sultan Johor pada 15 Mei 2022 lalu, yang mahukan laporan siasatan pasukan petugas khas dalam isu kedaulatan Batu Putih untuk segera dibentangkan dan didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan soal maruah dan kedaulatan negara.

7. Mesyuarat MKT menerima perletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah beliau berikan.  Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru.

8. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT memecat Dato’ Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta merta mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

9. Mesyuarat MKT juga mengambil maklum berkenaan kunjungan YB Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS bertemu dengan Presiden UMNO baru-baru ini.

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN

30 SEPTEMBER 2022

UTAMAPILIHAN RAYAPILIHAN RAYA UMUM 2022 MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium