KL City mara ke final Piala AFC - pakdin.my

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi saingan itu pada 2015 lalu.

Dalam aksi final Antara Zon menyaksikan anak buah Bojan Hodak mengejutkan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana dengan kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat tanpa jaringan dalam masa 120 minit di Kompleks Sukan Sogdiana, Jizzakh di Uzbekistan, sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan KL City menempah pertemuan dengan kelab dari Oman, Al Seeb yang menewaskan Al Riffa dari Bahrain dengan 4-0 dalam aksi final Zon Barat, dengan final dijadual berlangsung pada 22 Oktober ini.

Skuad The City Boys yang menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 di separuh akhir memberi ancaman menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco hasil sepakan sudut di minit ke-28 sedikit tinggi melewati palang gol.

Peluang kedua hadir di minit 40 apabila serangan balas pantas hampir memerangkap benteng tuan rumah namun hantaran lintang Kamal Azizi gagal dibaca ketua pasukan Paulo Josue yang hanya memerhatikan lorongan itu.

Dua minit kemudian, PFC Sogdiana yang muncul naib juara Liga Super Uzbekistan pada musim lalu hampir memecah kebuntuan menerusi rembatan luar kotak penalti namun berjaya ditampan Kevin Ray Mendoza.

Di babak kedua, sepakan percuma diperolehi KL City di minit 63 mencemaskan kubu tuan rumah yang menyaksikan situasi kelam kabut di depan gawang tetapi gagal dimanfaatkan.

Romel Morales hampir mencetak nama selaku penjaring namun percubaannya tersasar di minit 79.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dengan PFC Sogdiana memiliki banyak peluang tetapi dihampakan oleh ketangkasan Mendoza dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

KL City lebih bertuah untuk keluar selaku pemenang apabila Mendoza menyelamatkan satu sepakan lawan, manakala kesemua sepakan pemain KL City berjaya menerjah jaring untuk kemenangan 5-3.

UTAMABERITASUKANKL City mara ke final Piala AFC

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium