[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska - pakdin.my

Angka kematian mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan di sebuah taska di timur laut Thailand meningkat kepada 37 orang, sekali gus mencatat sejarah sebagai tragedi pembunuhan kanak-kanak secara beramai-ramai terburuk di dunia.

Dalam kejadian tragis yang menyayat hati itu, 24 daripada mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak taska berkenaan dari dua hingga lima tahun yang ketika kejadian sedang lena tidur.

Kesemua mangsa dibunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau dalam kejadian pada Khamis (6 Okt), sebelum suspek kemudian pulang ke rumahnya lalu membunuh isteri dan anaknya, dan akhirnya membunuh diri, lapor Wionews.

Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya dalam kenyataannya berkata, suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, bekas seorang leftenan kolonel polis yang telah dipecat pada tahun lalu sabit kesalahan mengambil dadah.

Saksi Paweena Purichan, 31, berkata, penyerang itu terkenal di kawasan itu sebagai penagih dadah.

Seorang saksi lain pula memberitahu agensi berita AFP bahawa selepas penyerang melarikan diri dari tempat kejadian, dia memandu secara tidak tentu arah dan cuba merempuh kenderaannya ke arah pemandu lain di jalan raya.

“Penyerang merempuh sebuah motosikal menyebabkan dua individu cedera. Saya memecut lari daripadanya,” kata seorang saksi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha mengarahkan siasatan segera ke atas insiden  mengerikan itu.

“Mengenai kejadian ngeri ini, saya ingin merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera,” tulis Prayut di laman Facebook rasminya, yang mana beliau telah memberitahu Ketua Polis Negara, Damrongsak Kittiprapat  agar melakukan siasatan dengan segera

Menurut SBS News pula, berbekalkan senapang patah, pistol dan pisau, penyerang melepaskan tembakan di dalam pusat jagaan kanak-kanak di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu, sejurus selepas tengah hari.

Pemangku ketua taska tersebut, Nanthicha Punchum memberitahu,  serangan itu sangat  mengerikan ketika penyerang menyerbu masuk ke dalam bangunan di daerah pedalaman Uthai Sawan itu.

“Terdapat beberapa kakitangan sedang makan tengah hari di luar taska dan empat daripada mereka mati ditembak  oleh penyerang itu.

“Penyerang itu kemudian memecahkan pintu taska dengan kakinya dan kemudian masuk ke dalam dan mula mengelar kepala kanak-kanak itu dengan pisau. Dia lalu mula menembak, menetak, membunuh kanak-kanak di pusat jagaan Utai Sawan,” ujarnya.

Gambar-gambar yang dirakaml di pusat jagaan itu oleh pasukan penyelamat dan dikongsi dengan Reuters menunjukkan mayat-mayat mangsa yang terbunuh diletakkan di atas selimut.

Sementara Kittiprapat dalam sidang akhbar memberitahu 24 daripada 37 mangsa yang terkorban ialah kanak-kanak  taska berkenaan, dan 12 yang lain tercedera, dan salah seorang mangsa yang terbunuh ialah seorang guru yang sedang sarat mengandung.

Walaupun polis tidak memberikan butiran lanjut, beberapa kanak-kanak taska berkenaan dilaporkan ada yang terselamat dalam kejadian itu.

UTAMADUNIA Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium