[VIDEO] PHIPOKRIT… Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH? - pakdin.my

Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara,Tommy Thomas.

Desakan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menjelaskan, RCI itu penting bagi menyelesaikan isu yang mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah.

Malah jelasnya lagi, hanya dengan RCI itu juga membolehkan mereka yang terlibat membersihkan nama dengan panggilan pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH).

“Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, marilah kita bersikap budiman (let us be gentleman), kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau.

“Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangkap dan menuduh mereka, khususnya dalam kalangan kami (Barisan Nasional) dulu.

“Kita mesti berani kerana kita benar. Kita sudah setuju dengan RCI Tabung Haji dan harap kerajaan dapat laksanakan RCI Tommy Thomas. Kalau kerajaan, kepemimpinan UMNO dan pembangkang dari PH bersetuju menubuhkan RCI Tabung Haji, kenapa tidak melakukan perkara sama, iaitu menubuhkan RCI Tommy Thomas,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Azeez dalam masa yang sama turut meminta pembangkang cermin diri dan menilai keputusan ketika menjadi kerajaan apabila terdapat 15 kes mahkamah digugurkan.

Antaranya membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran pakatan itu.

“Semasa PH memerintah, pada waktu itu Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) menjadi Timbalan Menteri Undang-Undang, mengapa ia (15 kes digugurkan) berlaku, kenapa ada berat sebelah pada hari ini?

“Kita tahu kes rasuah, antaranya membabitkan Bagan (Lim Guna Eng), Rafizi Ramli (pemimpian PKR) dan banyak lagi yang dilepaskan (mahkamah), namun kami ketika itu sebagai pembangkang menghormati keputusan Peguam Negara dan mahkamah sebab kita ada undang-undang, kita mesti patuh.

“Kenapa hari ini pembangkang memanipulasi atas segala keputusan dibuat, malah meminta Peguam Negara meletak jawatan? Pada zaman mereka, bila kes ditarik, kami tidak pula suruh letak jawatan. Ahli UMNO dikenakan pembunuhan karakter dan didoktrin yang kami ini adalah kluster mahkamah, sedangkan apabila 15 kes digugurkan, tidak pula kami katakan mereka kluster mahkamah,” katanya lagi.

Minggu lalu, pemimpin pembangkang termasuk Hanipa mempersoal sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) benar-benar bebas dan berintegriti, berikutan kononnya banyak kes membabitkan pemimpin UMNO yang dibawa kepada pendakwaan dilepaskan di mahkamah termasuk bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan terbaharu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

UTAMAPILIHAN RAYA PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium