Utama NASIONAL JENAYAH / MAHKAMAH Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

JOHOR BAHRU — Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

 

Exit mobile version