UtamaNASIONALAMSiasatan SPRM ke atas...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman - pakdin.my

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka masih berkhidmat.

Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada disiasat.

Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuh kesalahan rasuah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung isu perlembagaan yang dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mahkamah tertinggi negara yang dianggotai tujuh hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, akan menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusan mereka berhubung permohonan rujukan perlembagaan oleh Haris Ibrahim dan dua peguam lain.

Terdahulu hari ini, panel itu – yang dianggotai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan Mohamad Zabidin Mohd Diah,Rhodzariah Bujang, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat dan Harmindar Singh Dhaliwal- mendengar hujahan lisan daripada pasukan peguam untuk ketiga-tiga pemohon serta ketiga-tiga responden.

Tiga responden itu ialah SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki serta kerajaan persekutuan.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar mewakili Haris dan dua lagi peguam, Nur Ain Mustapha dan Sreekant Pillai manakala, manakala peguam kanan persekutuan Liew Horng Bin mewakili SPRM, Azam, dan kerajaan persekutuan.

Rujukan permohonan adalah isu sama ada pihak pendakwaan boleh memulakan prosiding mahkamah jenayah terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah lebih tinggi, dan sama ada pihak pendakwaan boleh memulakan prosiding jenayah terhadap hakim tersebut.

Pada 19 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Haris, Nur Ain dan Sreekant merujuk isu perlembagaan ke mahkamah tertinggi negara.

Ketiga-tiga pengamal undang-undang itu memohon jawapan daripada mahkamah tertinggi berhubung soalan rujukan untuk menyelesaikan tindakan undang-undang utama mereka yang belum selesai di hadapan Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Mei lalu, di hadapan Mahkamah Tinggi, ketiga-tiga peguam itu memfailkan saman pemula berhubung siasatan ke atas Nazlan.

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung dua persoalan perlembagaan iaitu sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk menyiasat Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mereka memerlukan masa untuk membincangkan perkara itu.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mendengar hujah kedua-dua pihak pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

Tiga peguam iaitu Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai memohon mahkamah memutuskan dua persoalan undang-undang iaitu sama ada agensi siasatan jenayah hanya dibenarkan menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang telah digantung tugas.

Persoalan kedua ialah sama ada Pendakwa Raya mempunyai bidang kuasa untuk memulakan atau menjalankan prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di ketiga-tiga mahkamah.

Peguam terbabit telah memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan susulan tindakan agensi itu membuka kertas siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas satu laporan dibuat berhubung dakwaan terdapat sejumlah wang yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun bank Mohd Nazlan iaitu lebih RM1 juta.

Mereka memohon deklarasi bahawa siasatan SPRM ke atas Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.

Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuh kesalahan rasuah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020.

Pada prosiding hari ini, Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili ketiga-tiga peguam, berhujah bahawa tindakan SPRM menghebahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kesemua peristiwa itu boleh dianggap sebagai serangan ke atas badan kehakiman meskipun jika ia tidak disengajakan,” katanya.

Malik Imtiaz juga berkata para hakim akan terdedah kepada komplot memalukan agensi siasatan jenayah dan berpotensi didakwa meskipun mereka tidak melakukan kesalahan.

Beliau berkata siasatan agensi seperti SPRM, yang terletak di bawah Cabang Eksekutif, terhadap seorang hakim mahkamah atasan yang sedang berkhidmat, boleh dianggap sebagai siasatan ke atas badan kehakiman secara keseluruhan.

“Ia akan menjejaskan kebebasan kehakiman dan merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman,” katanya sambil menambah mekanisme khusus bagi menangani salah laku kehakiman yang bertujuan memastikan keyakinan awam terhadap badan kehakiman telah diperuntuk di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

“Mekanisme ini membabitkan pendengaran di hadapan sebuah tribunal yang diwujudkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jawatankuasa Etika Hakim(JEC),” katanya sambil menambah tribunal dan JEC terbabit adalah bebas daripada cabang eksekutif serta legislatif.

Malik Imtiaz berkata langkah memberikan kebebasan dan kuasa tanpa syarat kepada agensi siasatan jenayah untuk menyiasat para hakim akan menimbulkan tanggapan bahawa cabang Eksekutif, melalui badan terbabit, boleh mengenakan tekanan ke atas badan kehakiman bagi tujuan kolateral.

Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, yang mewakili Azam, SPRM dan kerajaan, pula berhujah cadangan pemohon bahawa tiada siasatan serta pendakwaan jenayah boleh dilakukan sehingga atau selepas seorang hakim yang sedang berkhidmat digantung tugas adalah cacat.

Beliau berkata tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada disiasat.

“Jika inilah hujah mereka maka seorang Ahli Parlimen atau Perdana Menteri boleh menggunakannya untuk mempertikai sebarang siasatan terhadap mereka,” katanya.

Liew juga berkata Ketua Hakim Negara boleh dilihat memainkan peranan sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim jika beliau perlu memutuskan sama ada satu representasi perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pelantikan tribunal dan penggantungan seseorang hakim yang sedang berkhidmat untuk memberi laluan kepada siasatan serta pendakwaan jenayah.

Beliau menggesa mahkamah agar mengambil notis kehakiman bahawa dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka masih berkhidmat.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...