Utama DUNIA Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 petang antara penanda kilometer 418-419 di Lebuhraya 12 (Lom Sak-Chumphae) di Taman Negara Nam Nao.

Pemandu bas sewa khas maut dalam kemalangan itu dan kesemua 46 penumpang cedera. Empat puluh lima dimasukkan ke Hospital Nam Nao dan satu ke Hospital Khon San.

Penumpang itu kesemuanya anggota kumpulan wanita dari daerah Wapi Pathum, wilayah Maha Sarakham, dalam lawatan turun padang ke Khao Kho di Phetchabun. Mereka dalam perjalanan pulang ke Maha Sarakham.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan. – BangkokPost

Exit mobile version