[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’ - pakdin.my

SEPANYOL 1
A. Morata 62′
JERMAN 1
N. Füllkrug 83′
Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Sepanyol, awal pagi tadi.

Harapan Jerman untuk mara ke pusingan 16 mengalami tamparan mengejut apabila tewas kepada Jepun dalam perlawanan pertama.

Namun, Costa Rica bertindak balas kepada kekalahan 0-7 di tangan Sepanyol dengan menundukkan Jepun 1–0 untuk tiket ke peringkat kalah mati ditentukan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.

Dalam pertembungan getir di antara dua nama besar Kumpulan E di Stadium Al Bayt itu, Alvaro Morata meletakkan Sepanyol di hadapan sebelum pemain simpanan Jerman, Niclas Fullkrug, mengikat kedudukan bagi memastikan mata pertama pasukannya.

Untuk mara, pasukan kendalian Hansi Flick itu perlu menewaskan Costa Rica dalam perlawanan terakhir kumpulan, awal Jumaat ini, sementara berharap Sepanyol membantu mereka dengan membenam Jepun.

Justeru, penjaga gol, Neuer — yang menafikan percubaan berbahaya awal daripada Dani Olmo yang melepaskan rembatannya ke palang — lega Jerman masih mempunyai peluang untuk mengelak tersingkir buat kali kedua berturut-turut di peringkat kumpulan Piala Dunia.

UTAMABERITASUKAN #PialaDunia: Jerman masih 'bernyawa'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium