Ajakan ditolak bekas kekasih, ikon permotoran ditahan ugut sebar gambar bogel - pakdin.my

Seorang lelaki yang juga ikon permotoran ditahan polis kerana disyaki mengugut akan menyebarkan gambar dan video lucah bekas kekasih selepas menolak ajakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengugut mangsa selepas menolak ajakannya untuk bertemu pada Oktober lalu.

“Siasatan mendapati suspek menghantar satu mesej di WhatsApp kepada mangsa pada 3.30 petang 19 Okt lalu mengajak mangsa keluar pada 11 malam.

“Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan itu dan perkara terbabit dipercayai menyebabkan suspek mengugut mahu menyebarkan video mangsa melakukan hubungan terlarang bersamanya di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang takut, tertekan dan tidak tahan dengan ugutan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 5.40 petang Rabu lalu.

Susulan itu, katanya, suspek yang berusia 22 tahun ditahan Jumaat lalu dan direman empat hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 21 tahun itu mula mengenali suspek yang juga ikon permotoran di media sosial pada 2020.

UTAMABERITAAjakan ditolak bekas kekasih, ikon permotoran ditahan ugut sebar gambar bogel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium