[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai.

Ahmad Zahid menegaskan cubaan untuk mengharamkan UMNO pada suatu ketika ini pernah digagalkan seseorang.

Namun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu.

“Saya telah bagi tahu daripada awal-awal bahawa matlamat penubuhan Bersatu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO. Jelas bahawa di dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka.

“Kita harap, ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu mesti ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Usahwan Wanita Cina Malaysia (WCWEA) di sini, malam tadi.

Janngan lupa subscribe

Terdahulu Saifuddin mendakwa Bersatu berjaya mencapai matlamat menggantikan UMNO selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menjelaskan lebih lanjut Ahmad Zahid berkata, UMNO sedar matlamat Bersatu lebih jauh daripada itu sebenarnya, apabila buat pertama kalinya ketika seseorang menjadi Menteri Dalam Negeri, yang di atas mejanya telah ada surat untuk mengharam dan membatalkan UMNO.

“Namun kita telah mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah dapat membatalkan hasrat itu,” katanya.

 

UTAMAPILIHAN RAYAPILIHAN RAYA UMUM 2022 Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium