[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas - pakdin.my

Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta jenis Honda dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar -Butterworth, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, dan dua penumpang, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, Mohd Iman Mohd Akhir, 17.

Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan mereka, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, serta seorang lagi rakan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dari arah Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, hilang kawalan dan melanggar pembahagi kiri jalan.

“Kereta terbabit dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan serta seorang daripada tiga penumpang belakang maut serta-merta di lokasi.

Instagram will load in the frontend.

“Seorang penumpang belakang parah dan dirawat di HSAH, manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan dan hanya calar ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat tiga remaja yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik HSAH untuk tujuan bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

UTAMABERITA Tiga remaja maut kereta terbabas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium