[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022 - pakdin.my

Himpunan berita kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar ketika dipandu.

Di Seremban NEGERI SEBILAN (26 Disember 2022) – Sebuah kereta Perodua Axia terbakar sepenuhnya akibat melanggar lampu merah dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall.

Di Batu Pahat JOHOR (26 Disember 2022) – Sebuah lori terbakar berhampiran BP MALL, Batu Pahat.

Di Kilometer (km) 259 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, PERAK (26 Disember 2022) – Kebakaran sebuah kenderaan di Kilometer (km) 259 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan kesesakan sejauh 17 kilometer.

Di Jempol, NEGERI SEMBILAN  (26 Disember 2022) – Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar membantu menyelamatkan nyawanya serta isteri dalam kejadian di persimpangan empat lampu isyarat Bandar Sri Jempol.

Di Kota Tinggi, JOHOR (25 Disember 2022) – Berlaku kebakaran melibatkan sebuah sebuah motosikal jenis Modenas Kriss 110 cc telah terbakar 90%.

Di Simpang Rengam, JOHOR (25 Disember 2022) – MPV jenis Hyundai Starex terbakar. Anggaran kemusnahan lebih kurang 75%. Kenderaan terbakar ketika sedang dipandu. Pemandu dan penumpang kenderaan dalam keadaan selamat.

UTAMABERITA Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium