Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi

LUMUT: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi manuvra sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam 30 Disember 2022.

Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan.

Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m) manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan.

“Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di sosial media rakaman video insiden itu.

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Exit mobile version